Showing posts with label cartoon. Show all posts
Showing posts with label cartoon. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

jom conteng!

Assalamualaikum...

dah lama tak melukis. ok dah boleh aktif balik dah. sebagai langkah kanan aku nak join contest dari blog conteng2.

berikut merupakan syarat-syarat penyertaan:

1. 'Like' facebook contengconteng untuk mendapatkan perkembangan terkini. done!
2. Tuliskan tajuk entri: "Jom Conteng!" done!
3. Ambil gambar di atas (right click, save image as dan upload di dalam entri anda) danlinkkan ke www.contengconteng.com done!
4. Pilih satu entri dari blog contengconteng (KLIK SINI untuk senarai penuh) dan ceritakan pengalaman versi anda pula dengan cara paling menarik. done!
5. Kemudian, di dalam entri yang sama, jawab soalan-soalan berikut pula:-

Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?
blog yang sangat #1 kreatif, #2 ekpresif, #3 imaginatif... Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
diperbaiki tu tak ada kot. tapi nak belajar boleh? haa... #1 buat tutorial ke... #2 tips ke... Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan? (Contoh: Mug, T-shirt, Kad Ucapan).
aku suka #1 keychain, #2 t-shirt, #3 tag...
6. Dan hantarkan link entri penyertaaan anda itu ke ruang komen di bawah. Selesai. done!


tiba-tiba aku teringat balik kisah waktu aku kecil dulu bila terbaca entri ini. kisah ni lebih kurang sama je tapi satu perkara ni yang buat aku tak boleh lupakannya. jom2!


kalau dulu masa aku kecil antara kerja yang femes aku dan abang aku buat ialah beli barang kat kedai untuk mak aku. kedai runcit kat kampung aku jauhlah jugak jadi memang kena naik basikal.


ingat lagi, satu hari tu mak aku ada suruh aku dan abang aku ke kedai untuk beli mauripan. ok pada siapa-siapa yang tak tahu, mauripan ni sejenis bahan yang digunakan dalam  roti ye...


tanpa berlengah lagi, abang aku pun mula lah mengayuh sambil membonceng aku kat belakang. dalam perjalanan tu kami memang duk ingat nama 'MAURIPAN' je. huhu...

tapi... bila sampai kat kedai...


mauripan yang duk kami ingat sepanjang jalan dah bertukar menjadi 'MOTARI'... makcik kedai runcit tu pun pelik sebab sepanjang dia bukak kedai tak pernah jual benda nama 'MOTARI'. haha... jadi kami dengan muka confident balik rumah cakap kat mak...

"mak, motari dah abes la mak..."

the end... ;-)

Thursday, January 20, 2011

mari bersukan!

Assalamualaikum...

petang-petang di kampus memang terkenal dengan aktiviti riadahnya. aku pun tak ketinggalan kalau ada masa tu turun gak la padang buang peluh.

lagipun bila dah meningkat usia ni ramailah yang mengeluh seluar tak boleh pakai dah la, berat aku naik la, aku cuti makan banyak la. ok2 tiada alasan untuk kurus! hihi... (mentang2 la kurus)

kat sini aku nak tunjuk sikit aktiviti yang best kalau nak kuruskan badan. antara pemainan yang femes kalau aku turun bermain petang2...

 bola sepak. memang femes game ni. memang kalau turun tu selalu la penuh. sampai ada yang datang lari2 je sebab tak dapat bola. agaga...

kalau macam aku sejak akhir2 ni kembali aktif dengan hoki. bukan power sangat pun main. saje support member. sebab dengar kata ada match tak lama lagi. aku confirm x bole join sebab tengah praktikum. huhu...

 bola tampar. aku paling suka main bola tampar kalau turun bermain. sebab main game ni njoy dan kurang sikit berpeluh tak macam main bola ngan hoki. best!

 kalau rajin lagi.. pegi la joging keliling ipg tu. memang penat memang berpeluh. dapat 2 round pun kire ok la.

macam2 bukan aktiviti riadah kat ipg? tinggal empunya badan je nak pilih yang mana satu. sebenarnya banyak lagi permainan dan aktiviti yang kita boleh buat kalau ada hati nak jaga badan tu. jadi tepuk dada tanya iman. sebab pilihan di tangan anda. jangan pulak petang2 korang macam ni...

.
.
.
.

kalau korang dah sampai tahap ni aku pon tak tahulah nak cakap apa. hehe...

adios~

hidup seorang rider...

Assalamualaikum...

wallawey... lama betul tak update ini blog. busy ke? boleh la tahan busy nye. maklumlah baru masuk semester baru. nak melukis sangat pon risau jadi si kosong.

tapi, pape pon hari ni aku ada entri baru.

"siapa-siapa kat sini pegi kuliah naik motosikal angkat tangan!!"

haha.. ok la nak story sikit antara problem-problem rider motosikal macam aku... layan~

biasalah kalau nak pergi kuliah mestila nak kena menyemart sikit. cikgu la katekan. so tie kena pakai dan tight in ye baju.

 rambut pun kenalah hensem sikit. tak buat rambut 'm' rambut skema tepi pon ok je (macam aku... agaga). jangan lupa ngadap cermin. kalau tak mana nak tau kacak ke tak. betul tak?

 bila dah siap tu agak-agak masa kuliah nak sampai capai je helmet yang tersusun 'rapi'.

 ayuh ke kuliah!!

dan bila sampai je kat kampus ini la jadinya... adeh~ hilang kacak sekejap. ini la antara kelemahan bila naik motosikal. huhu...

tapi jangan risau, ambil masa 30 saat untuk tengok rambut korang kat cermin motosikal tu. touch-up sikit ngan jari-jemari korang. ye... guna jari pun boleh.. hihi. dan melangkah lah korang semua ke kelas dengan penuh keyakinan dan keazaman. ececey~

Saturday, January 1, 2011

contest cerita BEST GILER zaman sekolah...

Assalamualaikum...

ni kali pertama blog ni join contest. so, tak ada apa sangat yg aku nak harapkan. biasalah, just enjoying the contest kan. hehe...

[link]

contest ni anjuran cik ain dzaya (comel la. ekeke...). ekceli beliau tinggalkan link kat blog pertama aku. tapi takpe kot buat kat blog yang ni. takde siapa nak marah pun. by the way thanks for the invitation!

ok nak tag siap-siap

cerita yang aku nak bawa ni pada zaman aku sekolah rendah dulu. masa tu aku ke sekolah di hantar menaiki motosikal.

ok mula!

***

~yudin the 'ciwek' boy~

ada seorang budak ni. kawan-kawan panggil di yudin. di bersekolah di sekolah kebangsaan kampung banting.

seperti kanak-kanak sekolah yang lain. yudin memang suka sangat ke sekolah. tiap kali ayah dia hantar ke sekolah mesti dia gembira sangat. pergi ke sekolah seawal pukul 7 pagi tak apa. walaupun awal dia tetap seronok ke sekolah.

di sekolah ni lah dia mula belajar ilmu baru dan jumpa ramai kawan. boleh belajar matematik, kajian tempatan dan bahasa inggeris dan lain-lain lagi. sekolah rendah memang zaman yang menyeronokkan.

 bila tiba masa pulang, loceng pun berbunyi.

budak-budak kat sekolah memang excited bila masa nak balik rumah. yudin pun termasuk dalam golongan itu. hehe...

 tapi... bila keluar sekolah, rupa-rupanya ayah tak sampai lagi. mulalah rasa tak senang duduk.

mata pun mula berair. tanpa berfikir panjang, berlinangan air mata jatuh menyembah bumi (eceh...).

oklah, sebenarnya kat sini aku nak cerita perangai aku masa kecil dulu. aku ni memang kuat menangis. kalau orang jawa panggil 'ciwek'. jatuh sikit menangis, gaduh kalau agak-agak nak kalah pun menangis, kalau lambat ambil sikit pun menangis. jadi, memang tak boleh silap sikit mesti jadi modal aku nak menangis.

kesian kan aku masa kecil dulu? tapi jangan risau, sekarang aku dah besar. dah kuat makan cuma tak besar-besar je. lepas tu tak ciwek macam dulu. hehe... walaupun aku dulu ciwek tapi aku boleh dikatakan dalam golongan kanak-kanak yang boleh diharap gak dulu (ok perasan ye).

ok tu je nak cerita. lain kali kalau ada pengalaman best lagi aku story lain k. sekian... =)

Thursday, December 30, 2010

wanita dan tudung...

Assalamualaikum...

sebagai seorang wanita muslimah yang mengikuti trend berpakaian masa kini, macam-macam style penggayaan tudung yang menjadi pilihan mereka.

antaranya penggunaan selendang. korang tahu tak macam mana nak menggayakan tudung selendang? kalau tak tahu jom aku bagitahu macam mana caranya. =)

mula-mula pakai dulu mini tudung tu. lepas tu pakai selendang di kepala. bahagian atas tu boleh support dengan pin supaya selendang tu tak lari.


kemudian. lilitkan bahagian selendang sebelah kanan ke bahu kiri. seperti dalam gambar rajah (ayat skema)

lepas tu pergi kat depan cermin, lilit-lilit apa yang patut. kemas-kemas apa yang patut. yang susun-susun mana yang patut. jangan lupa make up sikit bagi ayu ye.. ekeke~

dan hasilnya adalah....
.
.
.
.
.
.

zomba.... eh zomba pulak. zombi! ekeke... sorila geng, oleh sebab aku ni lelaki, jadi aku pandai-pandai je atau dengan nama lainnye memandai. tak kesahlah korang nak pakai tudung apa yang penting aurat tu jaga ek. confirm comel la! haha... adioz!

Friday, December 24, 2010

kejam... kejam...

Assalamualaikum...

kartun ni aku nak kredit kat seorang kawan aku (ami zawazul... kalau dia bacelah...) . dapat idea daripada dia. memang tergelak beb!






pengajaran kat sini. jangan aniaya binatang... kalau rasa2 taknak bagi tu buat taktau je. jangan nak ngade2 bagi gak duit kertas. agaga~

kucing demand lebih...

Assalamualaikum...

pengalaman ni aku rasa biasa je. tapi saja nak buat dalam bentuk lukisan.. ekeke.. enjoy!






kesimpulannya: buat baik tak semestinya dibalas baik. haish~ apa aku merapu ni? buat baik bukan semua orang hargai kot. ntahla.. ekeke...

Wednesday, December 15, 2010

oh keropok ikan

Assalamualaikum...

bila masa-masa lapang dekat rumah ni. macam-macamlah aktiviti tak berfaedah aku buat. tapi aku ada satu peneman sejati. ekeke~







oh keropok ikan. ada mu dinikmati, tiada mu dicari-cari. minat betul aku dengan benda ni. kalau dah mula makan tak taula macam mana nak stop. ada sape-sape lagi suka makan keropok ikan tak?

Monday, December 13, 2010

main baling selipar...

Assalamualaikum...

apa khabar semua? tiba-tiba teringat kenangan waktu kecil-kecil dulu. kalau kat kampung ni macam-macam permainan tradisional yang dah aku main. antaranya ialah permainan baling selipar. walaupun tak berapa pasti tahap ketradisionalannya (rojak), tak kesahlah aku nak share jugak.

permainan baling selipar ni permainan berkumpulan. kat tempat aku permainan ni dipanggil baling kasut. mana best? selipar ke kasut? tak kesahlah mana-mana pun boleh. pemenang dikira berdasarkan jumlah mata dalam setiap pusing. setiap kumpulan boleh mendapatkan mata dengan menyusun semula selipar yang dah di'pecah'kan dalam kedudukan asal tanpa terkena selipar 'killer'.

nak main baling selipar kena berlagak sikit. psiko awal-awal nak bagi member 'down'. ajak geng. sekurang-kurangnya 3 orang dalam setiap kumpulan.

bila dah ada geng tentukan kumpulan mana jalan dulu. siapa menang 'o-som!' mereka jalan dulu.

kat sini kita boleh tengok pelbagai gaya balingan. kreatif kami ni... ekeke. biasalah seorang dapat 3kali peluang membaling. so try an error la..

bila dah kena... serang!!!

part ni memang seronok. buat la apa cara sekali pun nak elak dari kena selipar tu.

tapi ingat, selipar mesti disusun semula. opps.. dah kena! haha...

tu la pengalaman aku zaman kanak-kanak dulu. beberapa semester lepas di ipg kami ada belajar mengenai permainan tradisional ni. siap buat amali lagi. memang best la bila dapat main balik permainan ni. rasa macam nak kembali ke zaman tu pulak. huhu~