Wednesday, May 11, 2011

jom conteng!

Assalamualaikum...

dah lama tak melukis. ok dah boleh aktif balik dah. sebagai langkah kanan aku nak join contest dari blog conteng2.

berikut merupakan syarat-syarat penyertaan:

1. 'Like' facebook contengconteng untuk mendapatkan perkembangan terkini. done!
2. Tuliskan tajuk entri: "Jom Conteng!" done!
3. Ambil gambar di atas (right click, save image as dan upload di dalam entri anda) danlinkkan ke www.contengconteng.com done!
4. Pilih satu entri dari blog contengconteng (KLIK SINI untuk senarai penuh) dan ceritakan pengalaman versi anda pula dengan cara paling menarik. done!
5. Kemudian, di dalam entri yang sama, jawab soalan-soalan berikut pula:-

Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?
blog yang sangat #1 kreatif, #2 ekpresif, #3 imaginatif... Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
diperbaiki tu tak ada kot. tapi nak belajar boleh? haa... #1 buat tutorial ke... #2 tips ke... Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan? (Contoh: Mug, T-shirt, Kad Ucapan).
aku suka #1 keychain, #2 t-shirt, #3 tag...
6. Dan hantarkan link entri penyertaaan anda itu ke ruang komen di bawah. Selesai. done!


tiba-tiba aku teringat balik kisah waktu aku kecil dulu bila terbaca entri ini. kisah ni lebih kurang sama je tapi satu perkara ni yang buat aku tak boleh lupakannya. jom2!


kalau dulu masa aku kecil antara kerja yang femes aku dan abang aku buat ialah beli barang kat kedai untuk mak aku. kedai runcit kat kampung aku jauhlah jugak jadi memang kena naik basikal.


ingat lagi, satu hari tu mak aku ada suruh aku dan abang aku ke kedai untuk beli mauripan. ok pada siapa-siapa yang tak tahu, mauripan ni sejenis bahan yang digunakan dalam  roti ye...


tanpa berlengah lagi, abang aku pun mula lah mengayuh sambil membonceng aku kat belakang. dalam perjalanan tu kami memang duk ingat nama 'MAURIPAN' je. huhu...

tapi... bila sampai kat kedai...


mauripan yang duk kami ingat sepanjang jalan dah bertukar menjadi 'MOTARI'... makcik kedai runcit tu pun pelik sebab sepanjang dia bukak kedai tak pernah jual benda nama 'MOTARI'. haha... jadi kami dengan muka confident balik rumah cakap kat mak...

"mak, motari dah abes la mak..."

the end... ;-)

6 comments:

  1. motari aka mojacko?? haha~ nice one. gluck. klu menang, share adiah la eh..haha~

    ReplyDelete
  2. doa2 la.. sape xnk menang kan? ameen..

    ReplyDelete
  3. kelakor la mu nih time kecik...cam ore jepun doh sebutan...jadi india celup jepun ke guaner ttu..hahaha

    ReplyDelete
  4. @mhafizhamzah hehe.. tu yg plek tu.. skali kua jpun la pulak..

    ReplyDelete