Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

blog bertukar wajah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sempat jugak aku touch up blog lama aku memandangkan hujung minggu ni aku balik ipoh. internet connection ada, kerja pun tak berapa banyak, dan aku buntu tak tahu nak wat apa kat sini.

so, inilah hasilnya...

yang lama...
yang baru...

tak banyak yang aku ubah. cuma tukar theme kepada biru, tukar font, tukar header (belum muktamad tu!), buang yang tak patut. dan hasilnya lebih simple dan sedap mata memandang (mata aku la..=)). sekian...

Saturday, January 1, 2011

contest cerita BEST GILER zaman sekolah...

Assalamualaikum...

ni kali pertama blog ni join contest. so, tak ada apa sangat yg aku nak harapkan. biasalah, just enjoying the contest kan. hehe...

[link]

contest ni anjuran cik ain dzaya (comel la. ekeke...). ekceli beliau tinggalkan link kat blog pertama aku. tapi takpe kot buat kat blog yang ni. takde siapa nak marah pun. by the way thanks for the invitation!

ok nak tag siap-siap

cerita yang aku nak bawa ni pada zaman aku sekolah rendah dulu. masa tu aku ke sekolah di hantar menaiki motosikal.

ok mula!

***

~yudin the 'ciwek' boy~

ada seorang budak ni. kawan-kawan panggil di yudin. di bersekolah di sekolah kebangsaan kampung banting.

seperti kanak-kanak sekolah yang lain. yudin memang suka sangat ke sekolah. tiap kali ayah dia hantar ke sekolah mesti dia gembira sangat. pergi ke sekolah seawal pukul 7 pagi tak apa. walaupun awal dia tetap seronok ke sekolah.

di sekolah ni lah dia mula belajar ilmu baru dan jumpa ramai kawan. boleh belajar matematik, kajian tempatan dan bahasa inggeris dan lain-lain lagi. sekolah rendah memang zaman yang menyeronokkan.

 bila tiba masa pulang, loceng pun berbunyi.

budak-budak kat sekolah memang excited bila masa nak balik rumah. yudin pun termasuk dalam golongan itu. hehe...

 tapi... bila keluar sekolah, rupa-rupanya ayah tak sampai lagi. mulalah rasa tak senang duduk.

mata pun mula berair. tanpa berfikir panjang, berlinangan air mata jatuh menyembah bumi (eceh...).

oklah, sebenarnya kat sini aku nak cerita perangai aku masa kecil dulu. aku ni memang kuat menangis. kalau orang jawa panggil 'ciwek'. jatuh sikit menangis, gaduh kalau agak-agak nak kalah pun menangis, kalau lambat ambil sikit pun menangis. jadi, memang tak boleh silap sikit mesti jadi modal aku nak menangis.

kesian kan aku masa kecil dulu? tapi jangan risau, sekarang aku dah besar. dah kuat makan cuma tak besar-besar je. lepas tu tak ciwek macam dulu. hehe... walaupun aku dulu ciwek tapi aku boleh dikatakan dalam golongan kanak-kanak yang boleh diharap gak dulu (ok perasan ye).

ok tu je nak cerita. lain kali kalau ada pengalaman best lagi aku story lain k. sekian... =)

Monday, December 27, 2010

new header made by my bro...

Assalamualaikum...

awal pagi ni sempat abang aku designkan header baru untuk blog aku ni. dulu aku pernah mintak pertolongan dia tapi hari ni baru dia berkesempatan buat. thanks bro!


amacam? smart tak? aku memang nak kekalkan konsep simple dan elegan dalam blog aku ni. eceh! 

kat sini aku nak minta maaf kalau aku jarang buat kartun-kartun baru. bukan senang nak selalu buat entri kartun ni. hanya pelukis-pelukis yang memahaminya... lagi satu aku sekarang baru nak pindah rumah. so, keadaan tengah tunggang langgang. insyaAllah lepas settle semua aku giat balik. ekeke...

by the way, abang aku ni memang seorang grafik designer. oleh sebab design-design ni kerja dia, buat header aku ni berapa minit je pun. cekap-cekap. kalau tak pecaye tengoklah sendiri blog abang aku. [link]

bilalah aku nak power photoshop ngan illustrator ni.. hehe. sesiapa nak dapat khidmat designing atau yang berkaitan dengannya bolehlah contact abang aku kat blog dia. nak bagi no telefon macam over pulak. hehe.. ok la tu je... =)

Thursday, December 16, 2010

award 2: thanks cik ema!

Assalamualaikum...

semalam aku dapat award lagi. nice~ award kali ni daripada cik ema iaitu award menjerit! hoho~ (shout award). thanks ya cik ema.


ada soalan~

apa komen anda tentang blog yang bagi award ini???
blog cik ema? nice! kalau orang pempuan selalu cakap "cumel la blog awak..." ekeke...

blog yang selalu anda singgah???
updated blog. sebab diorang ni memang semangat berbelog.

ayat yang selalu anda tinggalkan di Shoutmix orang???
salam ziarah.../ jln2 sini.../ pagi walk.../ mlm walk.../ bw sini...

tag kepada 5 orang blogger
siapa nak amek award ni amekla... anda dah datang blog ni dan anda layak menjerit! hehe...

tu je.. yeah!

Tuesday, December 14, 2010

award pertama blog ni.. yess...!!

Assalamualaikum...

singgah jap menjenguk blog walaupun tengah on vacation (poyo je. hehe..). whoahaha!! ada award dan ini yang pertama buat blog yang baru beberapa hari ni. terharu sangat. thanks ya cik rosdina atas award ni. 

bukan apa, bende camni kadang-kadang boleh naikkan semangat aku untuk berblogging.


ni dia award untuk beautiful blog. hehe.. cantik ke blog aku ni? baru sangat dan banyak yang perlu diperbaiki. insyaAllah akan datang...

eh ada soalan kena jawab. ok bawah ni.


nickname utk pemberi award?
hehe... cik adik cute. agaga~

ucapan utk pemberi award?
tocey2... anda memang pemurah. keep in touch. keep blogging k!

6 artist/band/musician fav
aku tak minat sangat artis2 ni. tapi aku suka dengar lagu maher zain, opick, uish~ jnuh pk satu nama pun tak keluar. tapi aku suka la nyanyi syok sendiri. ekeke~

org yg patut terima award ini?
cik ema: 1st follower aku kalau tak silap. walaupun aku tak rasmi benda ni lagi. terharu~
nak bagi semua follower tapi tak larat nak tag walaupun masih sikit.

ok tu je... selesai. semoga semangat aku berblog semakin membara. huhu... boleh ke ek? 

Saturday, December 11, 2010

si kidal tulis blog...

Assalamualaikum...

sedikit pengenalan tentang diri aku. nama diberi mohd wakiyuddin bin rosnan. 3/3/88 aku dilahirkan. anak ke 5 daripada 7 orang adik beradik.

orang cakap tangan kidal ni kreatif tapi aku taklah sekreatif mana pun. sekadar pandai melukis. melukis adalah hobi dan melukis sekadar nak lepaskan gian.

daripada aku conteng kat kertas-kertas, nota-nota, buku-buku dan mana-mana tempat yang boleh diconteng baik aku conteng elok-elok sikit dan share dengan semua orang.


inspirasi melukis dalam blog ni datang bila tengok blog-blog orang lain yang menggunakan pendekatan melukis untuk meluahkan pandangan atau peristiwa. antara blog itu adalah contengconteng.com. sebab lain ialah aku minat benda ni.

medium lukisan setakat ni hanyalah pensel, kertas dan of coz scanner untuk simpan dalam bentuk fail gambar dalam komputer. tu je... nasihat dan tunjuk ajar amat aku hargai. sekian~

Thursday, December 9, 2010

sketching... conteng-conteng je...

Assalamualaikum...

ni aku conteng bila bosan2 sebelum tido... memang buruklah tapi pedulik apa aku. hehe...


marilah mari.. kita menconteng... jangan lupa kertas dan pensel untuk menconteng.. ekeke~

Wednesday, December 1, 2010

link x-change!

Monday, November 29, 2010

mukadimah... haha~


Assalamualaikum...

sebagai mukadimah atau langkah kanan, aku nak tunjuk sikit antara lukisan yang aku dah pernah buat. ekceli, lebih kepada contenglah...


gambar ni merupakan gambar aku dan rakan-rakan sekelas kat ipg (tempat aku belajar la tu...). semua 20 orang. nak lukis bagi nampak sebijik muke orang tu tak dapatla. aku ni amatur je. melukis untuk melepaskan gianla orang kata. haha...

mengenai blog ini...

Assalamualaikum...
ihsan google

blog ni merupakan blog kedua aku selepas blog 'ceritera ibnu rosnan'. kalau blog sebelum ni lebih kepada kehidupan seharian dan pengalaman hidup aku, tapi kali ni aku nak share dengan korang semua mengenai minat aku.

kenapa imaginasi basi? aku pun agak blur sebenarnya kenape aku letak tajuk blog ni camtu. tapi sebab aku rasa macam best je letak tajuk macam tu, so aku biar je macam tu. tak ada siapa-siapa terasa kot.

blog ni lebih kepada gambar-gambar dan lukisan serta minat-minat lain aku yang berkaitan. aku ni kidal, sesuailah dengan alamat blog aku ni dan Alhamdulillah la aku ni kira dalam kategori boleh melukis walaupun tak cantik sangat. aku bukanlah minat sangat melukis tapi kalau dah naik syeikh memang tak stadi aku kat kelas.

perkataan dan ayat yang aku guna dalam blog ni pun mungkin tunggang-langgang tak macam blog pertama aku yang nampak lebih serius. so, aku nak mintak maap awal-awal.

kawan-kawan bolehlah beri kritikan membina kat aku ni. kadang-kadang kuat merapu je aku ni. haha... enjoy ur day guys!

luahkan!


ShoutMix chat widget





tinggalkan link enta/enti kat sini. maaf, aku suka simple. tak suka crowded.