Monday, November 29, 2010

mengenai blog ini...

Assalamualaikum...
ihsan google

blog ni merupakan blog kedua aku selepas blog 'ceritera ibnu rosnan'. kalau blog sebelum ni lebih kepada kehidupan seharian dan pengalaman hidup aku, tapi kali ni aku nak share dengan korang semua mengenai minat aku.

kenapa imaginasi basi? aku pun agak blur sebenarnya kenape aku letak tajuk blog ni camtu. tapi sebab aku rasa macam best je letak tajuk macam tu, so aku biar je macam tu. tak ada siapa-siapa terasa kot.

blog ni lebih kepada gambar-gambar dan lukisan serta minat-minat lain aku yang berkaitan. aku ni kidal, sesuailah dengan alamat blog aku ni dan Alhamdulillah la aku ni kira dalam kategori boleh melukis walaupun tak cantik sangat. aku bukanlah minat sangat melukis tapi kalau dah naik syeikh memang tak stadi aku kat kelas.

perkataan dan ayat yang aku guna dalam blog ni pun mungkin tunggang-langgang tak macam blog pertama aku yang nampak lebih serius. so, aku nak mintak maap awal-awal.

kawan-kawan bolehlah beri kritikan membina kat aku ni. kadang-kadang kuat merapu je aku ni. haha... enjoy ur day guys!

2 comments: