Monday, December 13, 2010

main baling selipar...

Assalamualaikum...

apa khabar semua? tiba-tiba teringat kenangan waktu kecil-kecil dulu. kalau kat kampung ni macam-macam permainan tradisional yang dah aku main. antaranya ialah permainan baling selipar. walaupun tak berapa pasti tahap ketradisionalannya (rojak), tak kesahlah aku nak share jugak.

permainan baling selipar ni permainan berkumpulan. kat tempat aku permainan ni dipanggil baling kasut. mana best? selipar ke kasut? tak kesahlah mana-mana pun boleh. pemenang dikira berdasarkan jumlah mata dalam setiap pusing. setiap kumpulan boleh mendapatkan mata dengan menyusun semula selipar yang dah di'pecah'kan dalam kedudukan asal tanpa terkena selipar 'killer'.

nak main baling selipar kena berlagak sikit. psiko awal-awal nak bagi member 'down'. ajak geng. sekurang-kurangnya 3 orang dalam setiap kumpulan.

bila dah ada geng tentukan kumpulan mana jalan dulu. siapa menang 'o-som!' mereka jalan dulu.

kat sini kita boleh tengok pelbagai gaya balingan. kreatif kami ni... ekeke. biasalah seorang dapat 3kali peluang membaling. so try an error la..

bila dah kena... serang!!!

part ni memang seronok. buat la apa cara sekali pun nak elak dari kena selipar tu.

tapi ingat, selipar mesti disusun semula. opps.. dah kena! haha...

tu la pengalaman aku zaman kanak-kanak dulu. beberapa semester lepas di ipg kami ada belajar mengenai permainan tradisional ni. siap buat amali lagi. memang best la bila dapat main balik permainan ni. rasa macam nak kembali ke zaman tu pulak. huhu~

7 comments: