Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

kak eyla engagement day

Assalamualaikum...

minggu lepas aku dapat jemputan tangkap gambar majlis pertunangan seorang cikgu sekolah. ok cikgu ni memang macam kawanlah so dia mintak tolong tangkap gambar rasa tak kena pulak tak pergi.

so kat sini aku nak selitkan sedikit gambar sepanjang majlis tersebut. sebarang komen amat dialu-alukan.






semoga hubungan akak berpanjangan hingga ke jinjang pelamin seterusnya bahagia dunia akhirat... =)

Tuesday, May 17, 2011

indahnya ciptaan tuhan...

Assalamualaikum...

cuti hujung minggu aku habiskan dengan outing fotografi. aku bersama-sama 4 orang rakan yang lain (afiq, anwar, malek dan fauzan) asah tayar naik motor. hehe... tempat pilihan cameron highland... perjalanan yang sejuk... tempat-tempat yang menarik... fokus aku kali ni lebih kepada flora dan fauna... tempat yang memang ideal untuk foto macam ni.

enjoy!





tu je sedikit gambar yang telah aku ambil dan edit sikit-sikit. kalau nak tengok lagi boleh lah lawat akaun flickr aku kat sini.

aku tak reti sangat benda flickr ni. baru belajar. apa-apa pun enjoy k!

Tuesday, March 22, 2011

kuda ku...

Assalamualaikum...

gambar ni aku edit gunakan effect HDR. gambar kuda yang aku gunakan jalan-jalan kalau nak bergerak kemana-mana. hehe...


gambar diambil kat ipg. waktu ni orang lain balik kampung. aku ngan beberapa orang lagi kawan tak balik rumah sebab nak buat kerja. adeh~
seronok jugak edit HDR ni. ni kire edit HDR aku yang paling berjaya setakat ni. aku la perasan lawa. tak tahu orang lain cakap apa kan. hepi edititng!

Monday, March 14, 2011

orang buat ko pon nak jugak...

Assalamualaikum...

entri lepas aku ada cerita pasal light grafitti kan. so, kalau dah ada dslr tapi tak cuba memang x patut la kan? jadi.. tanpa segan silunya aku pun mencuba light grafitti ni kat rumah sewa aku.


amacam? x cantik kan? hehe... walaupun tak berapa nak cantik.. at least aku dah faham macam mana benda ni berfungsi. yela... benda besar mesti datang dari yang kecik2 dulu kan? kalau semua nak terus power susahla... hehe...

ok itu je nak share kali ini... sorila umah memang bersepah sebab tu bilik wt keje. macam tu la agaknya hidup orang bekerja.. hoho~

wassalam....

Thursday, March 3, 2011

hikarimoji oh hikarimoji...

Assalamualaikum...

ihsan google

tengok iklan majalah 3 pasal light grafitti memang buat aku tertarik. memang best light grafitti ni. menggunakan kamera dslr dan bermain dengan shutter dapat menghasilkan satu artwork yang memang salute!

jadi aku cuba mencari internet dan tengok siaran ulangan kat tonton.my pasal satu team yang memartabatkan light grafitti ni. nama team ni hikarimoji light grafitti. gambar-gambar yang telah diorang hasilkan memang buat aku kagum.

sebelum ni aku memang tahu pasal tekni light trail ni. memang ada teknik ni untuk siapa-siapa yang dah biasa dengan dslr.

kat malaysia benda memang baru tapi kalau kat luar negara memang dah lama. kalau tak caye try google. hurm.. tak ada benda sangat nak cerita. jom try benda ni? sapa setuju angkat tangan macam saya (gaya usop HKLBR) =)

Friday, February 25, 2011

high dynamic range (HDR)

Assalamualaikum...

rasa macam dah berhabuk sangat je blog aku ni. ok hari ni aku nak tunjuk sikit hasil kerja editing aku menggunakan software yang baru aku cilok kt internet... photomatix pro 4.0.2.

dengan menggunakan software ni aku dapat hasilkan foto HDR. bukan senang nak buat effect ni sebab mula-mula kita kena tangkap gambar. bukan satu gambar tapi 3 atau lebih gambar. bila dah tangkap gambar kena edit.

oleh sebab aku ni baru lagi dalam bidang foto HDR ni jadi aku cuma gunakan editing software yang ni je. sebab ianya mudah, jimat dan menawan. ekeke...

ok terus kepada hasil kerja aku...

 mula-mula pacak tripod, tangkap 3 gambar (at least... lebih pun takpe) berlainan exposure.

gelap

terang

biasa
bila dah ada 3 gambar yang berbeza ni terus pergi ke software photomatix pro 4.0.2 atau yang sewaktu dengannya la. lepas tu kita gabungkan ketiga-tiga gambar ni.

ambil masa jugak nak buat ni. lepas dia habis gabungkan tu kita edit-edit sikit. kalau nak cantik lagi gunalah adobe photoshop or lightroom kalau nak lagi cun. tapi aku ni beginner so sikit-sikitlah.

dan hasilnya...

klik untuk membesarkannya pun...