Saturday, May 7, 2011

seni mengecat mural..

Assalamualaikum...

siapa cakap nak jadi cikgu tak boleh jadi pelukis? habis yang warna-warna kat dinding sekolah tu selalunya kerja siapa? tu semua kerja cikgu-cikgu la... kecualilah sekolah tu dah tak ada yang reti menconteng.

ok lah untuk entri kali ni aku nak tunjuk sikit hasil kerja kami guru-guru praktikum di sekolah kebangsaan bota kanan iaitu mural.

nak cat dinding ni bukan kerja mudah, bermula dengan cat warna asas, kemudian melakar dan diakhiri dengan mewarna lakaran yang dah dibuat tadi tu.

cakap banyak pun tak guna... jom tengok gambar.

dinding kosong...

malek dan aku

alep burn

maan...

skip terus ke bab mewarna..

baru sikit dah semangat bergambar

kak rodzah memberi ilham kepada kami. thanks a lot kak!

tekun...

sebahagian hasil yang lengkap... yeah! siapa lagi seorang tu?
melakar memang benda mudah tapi bila sampai bab mewarna kena ada skil tersendiri. nak buat mural ni kena pandai bermain dengan warna. sebab warna yang kami guna hanya warna-warna asas termasuk hitam dan putih. memang mencabarlah.

ini jugak merupakan mural pertama aku dan malek ketika berpraktikum. Alhamdulillah... benda-benda ni la perkara biasa yang dilalui oleh cikgu praktikum macam aku ni. so apa lagi? korang bila pulak nak conteng dinding?

2 comments: