Saturday, November 5, 2011

F3 in memory

Assalamualaikum..


lama gak tak update blog aku yang sebijik ni. aku dah semakin sibuk kot sejak akhir-akhir ni... ke semakin malas? hehe.. ntahlah.. bila dah rajin sikit macam ni barulah boleh update dengan tenang.

2 november lepas batch aku di ipg ade buat farewell dinner bersempena meraikan para pensyarah yang penat mendidik kami dari budak hingus meleleh sampai insyaAllah ada rupa cikgu dah semuanya.

dan sempena majlis tu jugak aku telah ditugaskan untuk membuat video ringkas pasal kelas aku. so dengan bantuan beberapa orang rakan aku pun buatlah. ambil masa sehari gaklah nak siapkan guna software sony vegas pro 10.

ok ni kali pertama aku guna software tu untuk bikin video pendek so harap korang semua enjoy ye.. simple je.. 


kepada semua rakan2 F3 yang aku sayangi... harap ukhuwah di antara kita akan berkekalan sampai bila-bila.

Thursday, September 22, 2011

kak eyla engagement day

Assalamualaikum...

minggu lepas aku dapat jemputan tangkap gambar majlis pertunangan seorang cikgu sekolah. ok cikgu ni memang macam kawanlah so dia mintak tolong tangkap gambar rasa tak kena pulak tak pergi.

so kat sini aku nak selitkan sedikit gambar sepanjang majlis tersebut. sebarang komen amat dialu-alukan.






semoga hubungan akak berpanjangan hingga ke jinjang pelamin seterusnya bahagia dunia akhirat... =)